Berminat

View previous topic View next topic Go down

Berminat

Post  Saiful on Wed Jan 02, 2008 9:08 am

Assalammualaikum,
Saya Saiful Nizam berumur 27 tahun dari tapah, perak. Sijil tertinggi SPM.Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perniagaan di pekan ini.
Saya berminat untuk belajar kemahiran memandangkan masa hadapan untuk golongan berpendidikan seperti saya amat mencabar.Bolehkah saya memohon untuk belajar di ILP .Saya gagal matapelajaran matematik dan BI. Apa yang sesuai untuk saya belajar dan bagai mana hendak memohon. harap dapat perhatian..terima kasih

Saiful
Guest


Back to top Go down

Re: Berminat

Post  Lailaton on Wed Jan 02, 2008 2:51 pm

wa'alaikumussalam warah matullah

saudara dialu-alukan memohon untuk belajar di ILP.. had umur untuk tajaan kerajaan adalah 30 tahun.. (tajaan bermaksud yuran pengajian, makan & asrama ditanggung oleh kerajaan Malaysia dan elaun bulanan diberi (tidak termasuk yuran pendaftaran))

pilihan kursus dan penerangan bagi setiap kursus adalah seperti yang tertera di website-tab KURSUS.
iaitu :
TEKNOLOGI SERAMIK
PEMBUAT ACUAN & ALAT PEMOTONG
PEMBUAT ACUAN PEMBENTUK
TEKNOLOGI FOUNDRI
KIMPALAN ARKA & GAS
FABRIKASI LOGAM
JURUELEKTRIK
PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA
MEKANIK INDUSTRI
TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)
CADD MEKANIKAL

saudara boleh memilih sebarang kursus yang ditawarkan, walaubagaimanapun, tawaran kursus bergantung kepada kekosongan..

cara memohon :

1. Ambil borang di ILP Ipoh secara percuma (untuk permohonan ke ILP Ipoh sahaja), isikan borang dan hantar/pos ke ILP Ipoh (borang boleh diambil pada bila-bila masa pada hari bekerja)

2. iklan dan borang permohonan akan keluar pada bulan Mac (utk pengambilan Julai) dan September (utk pengambilan Januari).. borang boleh dibeli di ILP atau pejabat pos terpilih. Iklan pengambilan akan keluar dalam suratkhabar.. (untuk permohonan ke seluruh ILP, ADTEC dan JMTi seluruh Malaysia)

3. permohonan secara online di web www.jtm.gov.my setelah iklan pengambilan dikeluarkan (untuk permohonan ke seluruh ILP, ADTEC dan JMTi seluruh Malaysia)

sebarang kemusykilan sila hubungi 05-5277777 sambungan 110 @ 107 (bahagian Pengurusan Latihan)

Lailaton

Posts: 4
Join date: 02/01/2008

View user profile

Back to top Go down

KLYAKAN JMTI

Post  RAINANA on Sun Jun 14, 2009 10:48 pm

Sye nak tye jmti 2 utuk aliran sains kew atu sastera..???sbb klyaknnye tye fizik and mtemtk tmbhan....so mcm mne ek...

RAINANA
Guest


Back to top Go down

kelayakan JMTi

Post  ps on Mon Sep 14, 2009 4:26 pm

saudari, untuk memasuki JMTi tidak dihadkan aliran semasa di sekolah tetapi bakal pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan bagi menggelakkan permohonan ditolak. sekian..

ps
Guest


Back to top Go down

mcm mana nak buat permohonan??

Post  FARAH on Sat Dec 25, 2010 2:20 pm

assalamualaikum......

saya nak tnya....nak buat permohonan ke JMTi mcm mana??dah cuba cari dlm online tp tak dapat pun...saya lepasan spm....patut mintak sekarang ka or lepas dapat keputusan nanti??

boleyh tolong jawab...

FARAH
Guest


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum