bukan lawak ... cerita sebagai pedoman... version 1

View previous topic View next topic Go down

bukan lawak ... cerita sebagai pedoman... version 1

Post  ayen RAC on Mon Dec 22, 2008 12:04 pm

Tolong korbankan masa…mungkin ia amat bernilai…

Jgn pandang hina orang keje kilang…….& jangan bezakan anak2

Selagi hayat ada ... Bahagiakan IBUBAPA


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
>
> 'Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,'beritahu pegawai itu lagi.
>
> 'Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,' janji Pak Uwei.
> Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
>
> Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
>
> 'Pah... oo..Pah!' teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
>
> 'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?' tanya Mak Pah.
>
> ' Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ' cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.
>
> 'Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.'
>
> 'Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan.'
>
> 'Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu.' Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
>
> 'Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.'
> Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
>
> 'Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding,' cadang Pak Uwei.
>
> 'Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak.' Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.
>
> 'Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
ni.' Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.
>
> 'Tapi bang?... '
>
> 'Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu,' pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang

dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
>
> 'Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?' tanya Balkis.
>
> 'Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ,' balas Pak Uwei.
>

ayen RAC

Posts : 22
Join date : 23/10/2008
Age : 38
Location : Penang,malaysia

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum