Pembikinan Blog/Website ALUMNI ILP Ipoh -apa pandangan anda?

View previous topic View next topic Go down

Pembikinan Blog/Website ALUMNI ILP Ipoh -apa pandangan anda?

Post  perdous on Mon Sep 14, 2009 5:00 pm

Assalamualaikum semua.

Saya menghadapi masalah untuk menyebarkan maklumat tentang peluang pekerjaan kepada semua bekas pelajar ILP Ipoh (terutama yang baru tamat) kerana untuk mengepos adalah mustahil disebabkan bilangan bekas pelajar yang kian bertambah.

Penolong Pengarah (Pengurusan Sumber) mencadangkan saya untuk memaklumkan melalui blog atau website.

Jadi, saya inginkan pendapat ahli forum adakah wajar blog/website dibangunkan untuk tujuan menyebar dan mengumpul maklumat berkenaan pekerjaan dan hal-ehwal bekas pelajar ILP Ipoh.

Diharapkan ahli forum semua memberikan pandangan. Very Happy

perdous
Admin
Admin

Posts : 6
Join date : 10/01/2008
Age : 48
Location : Meru Raya

View user profile http://autotechbuletin.blogspot.com

Back to top Go down

Alumni

Post  SheikhHazami on Mon Sep 21, 2009 5:45 pm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Penubuhan Alumni Institut Latihan Perindustrian Ipoh sesuatu yang sepatutnya telah lama di lakukan. Memandangkan sudah lebih 17 tahun ILP Ipoh ditubuhkan mungkin sudah lebih 10,000 pelatih telah dilahirkan dari ILP ini. Selain dari menyenangkan pihak pengurusan menghubungi bekas pelatih ia juga memberi peluang kepada bekas-bekas pelatih untuk menghubungi kawan-kawan yang telah lama terpisah. Saya telah berpeluang menjejaki kaki saya di ILP Ipoh pada tahun 1992-1994 di bahagian elektrik. Dan sekarang setelah 14 tahun berkerja, hubungan saya dengan teman-teman sepelatih telah terputus. Saya berharap pihak pengurusan dapat menubuhkan Alumni ILP Ipoh secepat mungkin. Rindu betul pada kawan-kawan sepelatih 2/92-2/94 terutama dari bahagian elektrikal, welding dan penyaman udara.

SheikhHazami

Posts : 3
Join date : 21/09/2009
Age : 47
Location : Shah Alam, Selangor

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum