Institut Latihan Perindustrian Ipoh
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

sambungan..... cerita pedoman version 2

Go down

sambungan..... cerita pedoman version 2 Empty sambungan..... cerita pedoman version 2

Post  ayen RAC Mon Dec 22, 2008 12:05 pm

> Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas

bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
>
> 'Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi.' Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
>
> 'Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram.' bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
>
> 'Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?'
>
> 'Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang

duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.' Intan
cuba membuat abahnya faham.
>
> 'Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!'
>
> 'Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang,' balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
>
> 'Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
> ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!'
>
> Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang

Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
> Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
>
> Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
>
> 'Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,' Pak Uwei
memulakan bicara.
>
> 'Hajat apa pula abah?' tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
>
> 'Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu

sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,' Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.
>
> 'Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan,' ujar Muaz.
>
> 'Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan.'
>
> 'Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak

pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan,' jawab Muaz serba salah.
>
> 'Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?' tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.
>
> 'Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga,' sampuk Mira isteri Muaz.
>
> Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. 'Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti,' Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
>
> 'Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.'
>
> Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
>
> 'Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
> Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman.'
>
> 'Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok,' sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei

terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.
>
> 'Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,' Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.
>
> 'Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu

lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
> pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?' Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
> Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.
>
> 'Anak awak tu tak balik ke?' tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak

turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
>
> 'Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,' balas Mak Pah sambil mencapai

kain selendangnya.
>
> 'Nak ke mana pulak tu?' tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
>
> 'Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. ' Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
>
> Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
>
> 'Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?'
>
> 'Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.'
>
> 'Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,' suruh Mak Pah.
>
> 'Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu.'sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
>
> Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.
>
> Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.
>
> 'Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
> Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.'
>
> 'Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,' usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan.
>
> 'Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak,' jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
>
> 'Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ,' ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.
>
> 'Apa hal... kamu nak kahwin ke?' soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
>
> Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak

sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. 'Abah ni... ke situ pulak....'
>
> 'Habis tu?'
>
ayen RAC
ayen RAC

Posts : 22
Join date : 23/10/2008
Age : 46
Location : Penang,malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum